Pengenalan
Permainan ini adalah aplikasi permainan trivia dengan hadiah. Permainan ini dipegang oleh Celcom Mobile Sdn Bhd (No. Syarikat 27910-A) (“Celcom”). Dengan menyertai permainan ini, Pelanggan (sebagaimana ditakrifkan di sini) dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini yang akan menjadi sebahagian penting dan dibaca bersama dengan terma dan syarat untuk perkhidmatan kandungan masing-masing sebagaimana yang diterbitkan di http://bigwin.com.my dan relevan dengan Pelanggan berkenaan dengan permainan ini.
Sekiranya berlaku percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat ini dan/atau terma dan syarat untuk perkhidmatan kandungan masing-masing, ketidakselarasan tersebut akan diselesaikan dengan memberi keutamaan dalam susunan yang berikut (i) terma dan syarat ini (ii) terma dan syarat perkhidmatan kandungan.
Kelayakan
Permainan ini boleh digunakan oleh semua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom yang baru dan sedia ada (“Pelanggan “).
Untuk mengelakkan keraguan, Permainan ini tidak akan terpakai bagi individu berikut:
- Semua pekerja Celcom (“Pekerja “) dan ahli keluarga terdekat mereka;
- Wakil, pekerja dan/atau ejen bagi peniaga dan pengedar Celcom;
- Pelanggan Celcom atau mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain yang disenarai hitam; dan
- Semua pekerja Nextgen dan syarikat gabungannya (“Pekerja “) dan ahli keluarga terdekat mereka.
Untuk kejelasan, ahli keluarga terdekat adalah:
- Untuk Pekerja yang belum berkahwin/bujang – ibu bapa dan adik-beradik; dan
- Untuk Pekerja yang telah berkahwin – pasangan, ibu bapa dan anak-anak mereka.
Proses Langganan
Terdapat dua cara untuk menjadi pelanggan:
- Melalui laman web capaian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Pelanggan mengesahkan langganan pada laman web capaian. Ini bermakna mereka kini melanggan Permainan secara rasmi.
- Seterusnya, Pelanggan memuat turun aplikasi daripada app store Google Play atau iTunes (“Aplikasi“), memasuki Aplikasi dan diminta untuk memasukkan MSISDN mereka.
- Akhir sekali, Pelanggan akan menerima OTP untuk pengesahan nombor telefon dan log masuk.
- Pelanggan memasukkan OTP dan boleh mula bermain.
- Melalui SMS dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Pelanggan (belum melanggan) masuk ke Aplikasi dan diminta untuk memasukkan MSISDN.
- Kemudian, Pelangganakan menerima OTP untuk pengesahan nombor telefon dan log masuk.
- Pelanggan seterusnya memasukkan OTP dan boleh mula bermain.Nota: Pada peringkat ini, Pelanggan masih belum MELANGGAN permainan tersebut. Satu pemberitahuan yang mengandungi pautan ke laman web capaian akan dihantar melalui Aplikasi untuk menggalakkan langganan. Pemberitahuan tersebut hanya akan dihantar satu (1) kali kepada Pelanggan.
- Pelanggan kini boleh memutuskan sama ada untuk bermain sebagai pengguna percuma atau pelanggan berbayar.
- Untuk melanggan, Pelanggan mesti mematuhi pemberitahuan yang dihantar bagi mengesahkan langganan pada laman web capaian mengikut item 1(a) di atas. Selepas mengesahkan langganan, Pelanggan telah melanggan Permainan ini.
(Selepas ini dirujuk sebagai “Langganan“)
Pelanggan akan dikenakan bayaran RM1.00 sehari (“Yuran Langganan “) untuk Langganan Permainan. Selain daripada Yuran Langganan dan cukai tambahan, tiada caj tambahan lain akan dikenakan untuk menyertai Permainan.
Selepas berjaya membuat Langganan Permainan, Pelanggan akan layak untuk menyertai Cabutan (sebagaimana ditakrifkan di sini) dengan syarat Yuran Langganan berjaya dicaj daripada Pelanggan (“Pelanggan Berbayar“).
Peraturan Permainan dan Cara Mendapatkan Emas
Pelanggan memilih satu kategori kuiz dan akan dipadankan dengan pihak lawan (dalam kategori yang sama). Jika padanan tidak berjaya, satu bot akan digunakan.
Setiap kuiz mempunyai lima (5) soalan dan empat (4) jawapan pelbagai pilihan.
Bagi setiap jawapan yang betul, tidak kira sama ada Pelanggan menang atau kalah dengan pihak lawan, akan ditambahkan untuk layak mendapat enam puluh (60) emas. Sekiranya Pelanggan berada dalam mana-mana mod ‘boost’, Pelanggan akan mendapat sembilan puluh (90) emas bagi setiap jawapan yang betul. Mod ‘boost’ mestilah diaktifkan oleh Pelanggan menurut arahan melalui Aplikasi. Mod ‘boost’ hanya tersedia selama satu (1) jam setiap mod. Untuk mengelakkan kekeliruan, hanya sejumlah dua (2) mod ‘boost’ yang boleh diaktifkan pada satu-satu masa.
Acara bermasa tambahan (“Quest”) boleh diperkenalkan untuk mendapatkan lebih banyak emas. Sebaik sahaja Quest selesai, Quest tersebut tidak akan lagi tersedia.
Emas yang diperoleh akan dipamerkan pada papan utama (“Circle of Champions“). Circle of Champions akan menarafkan sepuluh (10) Pelanggan terbaik yang mendapat emas terbanyak sepanjang bulan. Nama pendek Pelanggan, taraf dan jumlah emas yang diperoleh akan dipaparkan pada Circle of Champions. Tempat kesepuluh (10)pada Circle of Champions akan menunjukkan penarafan keseluruhan Pelanggan dalam Permainan.
Selepas Cabutan Bulanan, Circle of Champions akan ditetapkan kembali ke sifar. Emas yang diperoleh tidak akan dibawa ke hadapan pada Cabutan Bulanan seterusnya.
Big Win Harian
Setiap hari, satu cabutan (“Cabutan Harian “) akan diadakan. Untuk layak menyertai Cabutan Harian, Pelanggan Berbayar mestilah berjaya dicajkan Yuran Langganan pada hari sebelum hari di mana Cabutan Harian diadakan. (“Pelanggan Cabutan Harian “).
Satu (1) MSISDN adalah bersamaan dengan satu (1) penyertaan dalam Cabutan Harian. Celcom akan memilih pemenang secara rawak daripada kumpulan Pelanggan Cabutan Harian melalui satu sistem pemilihan automatik.
Pemenang akan diumumkan melalui pemberitahuan Aplikasi selepas Celcom mengesahkan Cabutan Harian.
Big Win Bulanan
Pada hari bekerja pertama (sebagaimana ditakrifkan di sini) setiap bulan, satu cabutan (“Cabutan Bulanan“) akan diadakan.
Untuk layak menyertai Cabutan Bulanan, Pelanggan Berbayar mestilah berjaya dicajkan Yuran Langganan sekurang-kurangnya lima (5) kali sepanjang bulan sebelum bulan di mana Cabutan Bulanan diadakan (“Pelanggan Cabutan Bulanan“).
Bagi Cabutan Bulanan, sekurang-kurangnya 150 Pelanggan Cabutan Bulanan utama daripada bulan tersebut akan disenarai pendek. Pelanggan Cabutan Bulanan yang disenarai pendek akan dijemput ke Cabutan Bulanan untuk memilih pemenang.
Pelanggan Cabutan Bulanan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui pemberitahuan Aplikasi bahawa mereka telah disenarai pendek bersama butiran Cabutan Bulanan. Semua Pelanggan Cabutan Bulanan yang disenarai pendek perlu memberi respons kepada pemberitahuan tersebut dengan menerima atau menolak jemputan Cabutan Bulanan. Cabutan Bulanan akan dijalankan di Aplikasi menurut butiran yang diberitahu melalui Aplikasi.
Pelanggan Cabutan Bulanan yang disenarai pendek perlu menjawab soalan yang sama dalam tempoh masa tertentu. Satu (1) pusingan mengandungi satu (1) soalan. Jawapannya perlu dihantar melalui aplikasi. Kegagalan menjawab soalan sebelum tempoh masa yang ditetapkan dan/atau dengan betul, akan menyingkirkan Pelanggan Cabutan Bulanan yang disenarai pendek daripada mara ke pusingan seterusnya. Pusingan-pusingan ini akan diteruskan sehingga lima (5) pemenang utama Pelanggan Cabutan Bulanan dikenal pasti untuk menuntut Hadiah.
Pemenang akan diumumkan melalui SMS dan pemberitahuan Aplikasi selepas Celcom mengesahkan Cabutan Bulanan.
Big Win Suku Tahunan
Pada hari bekerja pertama (sebagaimana ditakrifkan di sini) setiap suku tahunan, satu cabutan (“Cabutan Suku Tahunan“) akan diadakan.
Untuk layak menyertai Cabutan Suku Tahunan, Pelanggan Berbayar mestilah berjaya dicajkan Yuran Langganan sekurang-kurangnya lima (5) kali sepanjang setiap bulan dalam suku tahunan tersebut sebelum suku tahunan di mana Cabutan Suku Tahunan diadakan. (“Pelanggan Cabutan Suku Tahunan“).
Bagi Cabutan Suku Tahunan, sekurang-kurangnya 150 Pelanggan Cabutan Bulanan utama daripada Circle of Champions bagi tiga (3) bulan dalam suku tahunan sebelum suku tahunan di mana Cabutan Suku Tahunan diadakan, akan disenarai pendek.
Pelanggan Cabutan Suku Tahunan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui pemberitahuan Aplikasi bahawa mereka telah disenarai pendek untuk Cabutan Suku Tahunan bersama butiran Cabutan Suku Tahunan. Semua Pelanggan Cabutan Suku Tahunan yang disenarai pendek perlu memberi respons kepada pemberitahuan tersebut dengan menerima atau menolak jemputan Cabutan Suku Tahunan. Cabutan Suku Tahunan akan dijalankan di Aplikasi menurut butiran yang diberitahu melalui Aplikasi.
Pelanggan Cabutan Suku Tahunan yang disenarai pendek perlu menjawab soalan yang sama dalam tempoh masa tertentu. Satu (1) pusingan mengandungi satu (1) soalan. Jawapannya perlu dihantar melalui aplikasi. Kegagalan menjawab soalan sebelum tempoh masa yang ditetapkan dan/atau dengan betul, akan menyingkirkan Pelanggan Cabutan Suku Tahunan yang disenarai pendek daripada mara ke pusingan seterusnya. Pusingan-pusingan ini akan diteruskan sehingga tiga (3) pemenang utama Pelanggan Cabutan Suku Tahunan dikenal pasti untuk menuntut Hadiah.
Pemenang akan diumumkan melalui SMS dan pemberitahuan Aplikasi selepas Celcom mengesahkan Cabutan Suku Tahunan.
Big Win Tahunan
Seperti yang akan diumumkan oleh Celcom, setiap tahun terdapat satu cabutan tahunan (“Cabutan Tahunan “) akan diadakan.
Untuk layak menyertai Cabutan Tahunan, Pelanggan Berbayar mestilah berjaya dicajkan Yuran Langganan sekurang-kurangnya lima (5) kali sepanjang tiga puluh (30) hari sebelum tarikh sepuluh (10) Pelanggan Cabutan Tahunan utama dikenal pasti dan diisytiharkan (“Pelanggan CabutanTahunan“).
Untuk Cabutan Tahunan, semua Pelanggan Cabutan Bulanan dan Pelanggan Cabutan Suku Tahunan akan disenarai pendek secara automatik untuk Cabutan Tahunan.
Pelanggan Cabutan Tahunan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui pemberitahuan Aplikasi bahawa mereka telah disenarai pendek untuk Cabutan Tahunan bersama butiran Cabutan Tahunan. Semua Pelanggan Cabutan Tahunan yang disenarai pendek perlu memberi respons kepada pemberitahuan tersebut dengan menerima atau menolak jemputan Cabutan Tahunan. Cabutan Tahunan akan dijalankan di Aplikasi menurut butiran yang diberitahu melalui Aplikasi.
Pelanggan Cabutan Tahunan yang disenarai pendek perlu menjawab soalan yang sama dalam tempoh masa tertentu. Satu (1) pusingan mengandungi satu (1) soalan. Jawapannya perlu dihantar melalui aplikasi. Kegagalan menjawab soalan sebelum tempoh masa yang ditetapkan dan/atau dengan betul, akan menyingkirkan Pelanggan Cabutan Tahunan yang disenarai pendek daripada mara ke pusingan seterusnya. Pusingan akan berterusan sehingga terdapat hanya sepuluh (10) Pelanggan Cabutan Tahunan terakhir untuk menuntut Hadiah.
Sepuluh (10) Pelanggan Cabutan Tahunan ini akan diumumkan melalui SMS dan/atau pemberitahuan Aplikasi dan akan dijemput untuk menyertai sebuah acara kuiz secara langsung. Acara kuiz secara langsung ini akan mengikut format soalan yang sama sebagai mana yang dijalankan dalam Aplikasi.
Acara kuiz secara langsung akan diadakan pada masa dan lokasi yang ditetapkan lebih awal serta akan membawa kepada satu (1) pemenang Cabutan Tahunan peringkat akhir.
Pilih Keluar
Para Pelanggan boleh menarik diri daripada Langganan pada bila-bila masa dengan menghantar STOP ke 28000 atau dengan mendail *365# melalui USSD dan pilih untuk berhenti melanggan atau hubungi nombor bebas tol (+60 1-800-81-6191) atau e-mel ke support@coursania.com dari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang.
Sekiranya Pelanggan membatalkan Langganan, dia tidak akan dibenarkan untuk melanggan semula dalam tempoh enam puluh (60) hari bermula hari pembatalan Langganan. Semua emas yang diperoleh akan dianggap batal dan tidak sah.
Hadiah
Pemenang akan dihubungi oleh wakil Celcom melalui telefon dan mereka berhak memenangi Hadiah seperti berikut:
Hadiah Harian
Jumlah Amaun Hadiah Wang Tunai Sehari: RM500
Jumlah ini dibahagi-bahagikan antara 10 pemenang = RM 50 setiap pemenang
Jumlah Pemenang: 3650 (3650 pemenang setahun = Jumlah RM RM182,500)
Hadiah Bulanan
Jumlah Amaun Hadiah Wang Tunai Sebulan: RM144,000
Jumlah ini dibahagi-bahagikan antara 5 Pemenang Teratas
Tempat Pertama: RM5,000 (8 pemenang setahun = Jumlah RM40,000)
Tempat Ke-2: RM4,000 (8 pemenang setahun = Jumlah RM32,000)
Tempat Ke-3: RM3,500 (8 pemenang setahun = Jumlah RM28,000)
Tempat Ke-4: RM3,000 (8 pemenang setahun = Jumlah RM24,000)
Tempat Ke-5: RM2,500 (8 pemenang setahun = Jumlah RM20,000)
Hadiah Suku Tahunan
Jumlah Amaun Hadiah Wang Tunai Sesuku Tahunan: RM195,000
Jumlah ini dibahagi-bahagikan antara 3 Pemenang Teratas
Tempat Pertama: RM50,000 (3 pemenang setahun = Jumlah RM150,000)
Tempat Ke-2: RM10,000 (3 pemenang setahun = Jumlah RM30,000)
Tempat Ke-3: RM5,000 (3 pemenang setahun = Jumlah RM15,000)
Finale Akhir
Jumlah Amaun Hadiah Wang Tunai Setahun: RM365,000
Tempat Pertama: RM200,000
Tempat Ke-2: RM80,000
Tempat Ke-3: RM50,000
Tempat Ke-4: RM25,000
Tempat Ke-5: RM10,000
Jumlah hadiah wang tunai yang menggabungkan semua cabutan dan pemenang ialah RM886,500.
(“Hadiah”).
- Celcom berhak untuk memilih pemenang lain apabila tiga (3) percubaan gagal untuk menghubungi mana-mana pemenang atau kegagalan untuk mengekalkan MSISDN yang aktif.
- Pemenang mesti menuntut Hadiah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Celcom (“Tempoh Tuntutan Hadiah“) di tempat yang akan ditentukan oleh Celcom dan pemenang mungkin dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah pada tarikh dan di tempat yang akan ditentukan oleh Celcom (“Majlis Penyampaian Hadiah “). Celcom berhak untuk membatalkan Hadiah sekiranya pemenang gagal menuntut Hadiah dalam Tempoh Pengambilan Hadiah atau gagal menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah.
- Tiada Cabutan Bulanan dan Cabutan Suku Tahunan akan diadakan pada bulan di mana Cabutan Tahunan diadakan. Tidak ada Cabutan Bulanan juga akan diadakan pada bulan tertentu di mana Cabutan Suku Tahunan diadakan.
- Seorang Pelanggan Berbayar boleh memenangi Cabutan Harian sehingga tiga (3) kali dalam tempoh enam (6) bulan, Cabutan Bulanan sehingga dua (2) kali dalam tempoh enam (6) bulan dan Cabutan Suku Tahunan sehingga satu (1) kali dalam tempoh satu (1) tahun.
Terma & Syarat Umum.
- Pelanggan yang berdaftar di bawah nombor pengenalan (ID) yang sama dalam Aplikasi tidak layak untuk memenangi Hadiah dalam Permainan ini jika ID tersebut telah dianugerahkan sebarang bentuk Hadiah dalam mana-mana permainan atau pertandingan lain yang dianjurkan oleh Celcom sepanjang tiga (3) bulan lalu dari tarikh di mana nama pemenang Permainan ini diumumkan. Sebarang Hadiah berikutnya, walaupun diumumkan, akan dibatalkan dan tidak sah.
- Celcom memegang hak tunggal dan mutlak untuk menarik balik, meminda, meninggalkan dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau keseluruhan terma dan syarat dalam Permainan ini dengan memberi notis terlebih dahulu kepada Pelanggan.
- Keputusan Celcom dalam apa jua perkara berhubung dengan Permainan ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang permintaan untuk rayuan dan semakan semula tidak akan dilayan.
- Celcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan oleh Pelanggan atau pihak ketiga atau kerugian dalam sebarang bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian langsung atau kerugian yang disebabkan daripada atau berkaitan dengan Permainan ini.
- Celcom menafikan sebarang liabiliti untuk kerugian atau kerosakan harta benda atau sebarang kecederaan peribadi atau kehilangan nyawa akibat daripada atau berkaitan dengan Permainan ini.
- Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Celcom berhak menarik balik atau membatalkan mana-mana penyertaan jika Pelanggan melanggar obligasi atau sebarang terma dan syarat dalam Permainan ini. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, Celcom berhak untuk menolak sebarang penyertaan atau Pelanggan atas budi bicara mutlak tanpa sebarang alasan.
- Celcom tidak bertanggungjawab sekiranya Pelanggan dihalang daripada mengambil bahagian dalam Permainan ini, disebabkan oleh sekatan teknikal tertentu atau batasan lain atau force majeure yang termasuk tetapi tidak terhad kepada pengawalseliaan dan/atau arahan kerajaan, bencana alam dll.
- Semua maklumat peribadi dan nama yang dikemukakan dalam Permainan, tanda perkhidmatan, nama dagangan, tanda dagangan adalah hak milik Celcom.
- Celcom berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggunakan nama, gambar, rakaman suara atau video (jika ada) dan penyertaan Pelanggan untuk tujuan publisiti, pengiklanan, perdagangan atau Permainan dalam mana-mana media, tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa persetujuan atau membuat apa-apa bayaran kepada Pelanggan.
- Celcom tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan dan kos termasuk perbelanjaan sendiri yang berkaitan dengan atau disebabkan penyertaan dalam Permainan ini, kecuali yang dinyatakan di sini.
- Kandungan untuk Permainan ini disediakan oleh pihak ketiga. Celcom tidak menapis atau mengedit kandungan tersebut. Para Pelanggan mengakui bahawa Celcom tidak mempunyai kewajipan untuk menapis kandungan atau maklumat yang diberikan. Celcom menafikan semua liabiliti berhubung kandungan yang disediakan.
- Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini tidak sah, menyalahi undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai atau atas apa jua sebab, kesahan dan kebolehlaksanaan peruntukan yang selebihnya tidak akan terjejas.
- Kelewatan atau kelonggaran oleh Celcom dalam menguatkuasakan mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini tidak bermakna penepian oleh Celcom terhadap pelanggaran terma dan syarat ini oleh Pelanggan.